Terma & Syarat

Terma & Syarat
  1. Terma Penggunaan ini terpakai kepada laman web (www.jahk.org, www.jasparkthedream.org) termasuk produk dan perkhidmatan Junior Achievement Hong Kong (JAHK). Dengan mengakses laman web kami atau menggunakan produk dan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan semua Terma Penggunaan dan Dasar Privasi.
Penggunaan Maklumat dan Bahan
  1. Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua maklumat dan bahan dalam Laman Web ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terikat di sisi undang-undang. Maklumat dan bahan dalam Laman Web ini disediakan “sebagaimana adanya” dan “sebagaimana tersedia” tanpa sebarang jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat. Khususnya, tiada jaminan mengenai pelanggaran hak cipta, keselamatan, ketepatan, ketepatan masa, kesesuaian untuk tujuan tertentu atau kebebasan daripada virus komputer atau sebaliknya diberikan berkaitan dengan maklumat dan bahan tersebut.
  2. Anda mengakui dan bersetuju bahawa dengan menggunakan Laman Web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada menggunakan mana-mana perkhidmatan sebagai pengguna berdaftar, penyedia perkhidmatan telekomunikasi anda mungkin mengenakan bayaran tertentu berdasarkan jumlah data yang dipindahkan dan/atau mengenakan sebarang bayaran lain yang mungkin dipersetujui antara anda dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi anda.
  3. Pautan atau rujukan kepada mana-mana syarikat perkhidmatan, produk atau laman web pihak ketiga di Laman Web ini (“Perkhidmatan Pihak Ketiga”) tidak sama sekali bermakna atau menyiratkan sokongan oleh JAHK. JAHK tidak memberikan jaminan nyata atau tersirat atau perwakilan berkenaan dengan ketepatan, ketepatan masan, atau kelengkapan maklumat yang terkandung dalam Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut.
  4. Penggunaan anda terhadap Perkhidmatan Pihak Ketiga adalah atas risiko anda sendiri. Dalam apa jua keadaan, JAHK tidak akan mempunyai apa-apa liabiliti dalam apa jua bentuk kepada mana-mana indivitu atau entiti yang timbul daripada atau berkaitan dengan sebarang penggunaan Perkhidmatan Pihak Ketiga.
Pengguna Berdaftar
  1. Anda harus menjadi pengguna berdaftar untuk menggunakan Laman Web ini dengan mendaftarkan akaun “Akaun”, dalam hal ini anda bersetuju bahawa:
  • Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan untuk pendaftaran Akaun adalah betul dan lengkap, dan untuk memaklumkan kepada JAHK tentang sebarang perubahan kepada maklumat yang telah anda berikan secepat mungkin
  • Anda bertanggungjawab untuk dan perlu mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menjamin kerahsiaan dan keselamatan Akaun dan kata laluan, dan untuk membataskan akses kepada komputer dan peranti anda di mana Akaun telah digunakan, dan sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, anda bersetuju untuk menerima tanggungjawab atas semua aktiviti yang berlaku di bawah Akaun anda. Anda akan memaklumkan kepada kami dengan kadar segera jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Akaun atau kata laluan anda sedang digunakan secara tidak sah.
  • JAHK berhak untuk menamatkan atau menangguhkan Akaun anda, mana-mana fungsi Akaun tersebut, dan/atau mana-mana hak keistimewaan sebagai pemegang Akaun tersebut pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada anda.
Privasi
  1. Dengan mengakses, mendaftar atau menggunakan Laman Web ini, anda dianggap telah membaca dan memahami sepenuhnya dan bersetuju dengan kandungan Pernyataan Dasar Privasi.
Hak cipta dan hak harta intelek
  1. Penyampaian dan semua kandungan Laman Web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama persamaan, imej, ilustrasi, klip audio, klip video, logo, simbol, tanda, produk dan perkhidmatan, tertakluk kepada hak cipta, hak reka bentuk, hak dagang dan hak milik intelek lain JAHK dan/atau pihak ketiga lain. Penggunaan bahan-bahan ini yang tidak sah adalah dilarang sama sekali.
  2. Anda dibenarkan menggunakan kandungan Laman Web ini untuk kegunaan peribadi atau bukan komersial sahaja. Anda tidak dibenarkan menghasilkan semula, mengubahsuai, menghantar, menyimpan dalam sistem pengambilan, menyalin, memberikan lesen, mengedar, menerbitkan atau menggunakan dengan sebarang cara apa-apa kandungan di dalam Laman Web ini kecuali untuk kegunaan yang dibenarkan.
Had Liabiliti
  1. JAHK secara khusus menafikan sebarang liabiliti untuk sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, berbangkitan atau khas yang timbul dari atau berkaitan dengan akses anda atau penggunaan Laman Web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian atau kerosakkan disebabkan oleh virus yang menjejaskan peralatan komputer anda atau kepercayaan anda terhadap maklumat yang diperolehi melalui Laman Web ini. Dengan mengakses Laman Web ini, anda bersetuju untuk melepaskan JAHK dan penaja-penajanya daripada sebarang tuntutan untuk kerugian yang timbul dari sebarang keputusan yang anda buat berdasarkan maklumat di Laman Web ini.
Hak Pihak Ketiga
  1. Anda dan JAHK bersetuju dan mengakui bahawa (1) mereka tidak bermaksud mana-mana terma dalam Terma Penggunaan ini boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak ketiga mengikut Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) (Cap 623); dan (2) Terma Penggunaan ini hendaklah dikecualikan daripada pemakaian Ordinan Kontrak (Hak Pihak Ketiga) tersebut.
Pengemaskinian dan Pentafsiran Terma Penggunaan
  1. JAHK berhak untuk mengemas kini Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda.
  2. Sekiranya berlaku pertikaian, keputusan JAHK adalah muktamad, konklusif dan mengikat.
  3. Terma Penggunaan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia diterjemahkan untuk rujukan sahaja. Sekiranya terdapat ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris akan diguna pakai.