JA SparktheDream adalah sebuah program holistik yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan literasi kewangan murid-murid pada usia muda dan memperkasakan mereka untuk merealisasikan impian mereka. Program ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran untuk menjadi individu yang berkemampuan dari segi kewangan, serta pemikiran dan rangka kerja untuk menjadi individu yang mempunyai kesedaran sosial dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat dengan menyediakan mereka dengan pengetahuan dan peluang untuk mengawal kewangan mereka di masa hadapan.
Program ini terdiri daripada empat sesi yang merangkumi tiga aspek kesedaran kewangan, keupayaan kewangan, dan keterangkuman ekonomi dan sosial. Pelajar akan membangunkan pengetahuan literasi kewangan mereka dengan melalui kepelbagaian pengalaman yang menggabungkan membelajaran pengurusan kewangan yang diketuai oleh sukarelawan, platform pembelajaran secara dalam talian yang interaktif, aktiviti bersama keluarga, penglibatan komuniti dan acara pertukaran pelajar serantau.